Aku mengasihi sahabat-sahabatku dengan seluruh jiwa ragaku sama seperti aku mencintai sanak saudaraku . sahabatku yang baik seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baik ku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati . aku selalu berdoa agar dikurniakan sahabat sejati yang setia baik dalam keadaan susah ataupun senang . jika itu aku peroleh , aku berjanji aku selalu setia kepadanya . oleh itu aku hulurkan tangan pada sesiapa sahaja untuk berkenalan , kerana aku merasa bahagia . semakin ramai aku mendapat sahabat , aku semakin percaya pada diri ku sendiri . tetapi ..
Sehingga kini belum pernah aku berjumpa di dunia sahabat yang setia dalam duka . padahal hidupku sentiasa berputar - putar antara suka dan duka . kalau duka melanda , aku sering bertanya .. siapakah yang sudi menjadi sahabatku ? semasa aku senang , sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati sebaliknya apabila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan .
Aku dapat bergaul dengan bebas bersama orang lain ketika nasibku sedang baik . namun ketika musibah menimpaku , kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang ingin bersahabat dengan keadaan . jika aku menjauhikan dari mereka , mereka menghinaku dan jika aku sakit , tidak seorang pun yang menjengukku . jika hidupku diliputi kebahagian , banyak orang iri hati . jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai seolah meraikannya .
Tetapi jika tidak ku temui sahabat-sahabat yang beriman dan bertakwa lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku bergaul dengan orang -orang jahat dan berbuat maksiat .
Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki , hatiku lega , jiwaku bebas daripada bara permusuhan . ketika musuhku lalu dihadapanku , aku sentiasa menghormatinya . semua ini ku lakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan dan kemungkaran . aku tunjukkan kemarahanku , kesopananku , dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci , sebagaimana kuperlihatkan hal itu kepada orang -orang yang ku cintai . manusia adalah penyakit , dan penyakit itu akan berjangkit apabila kita
mendekati mereka . tetapi menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan dan silaturrahim .
Kadang- kadang aku terfikir mudah mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku , kerana bagiku dunia ini sudah hampir dari mereka . sehina - hina anjing , ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat tidak seperti manusia-manusia jahat yang selama-lamanya tidak akan memberi petunjuk . selamatkan lah dirimu jaga lidahmu baik - baik tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri di muka bumi ini . lebih baik aku bersendirian daripada mendekati manusia yang menipu dan memperdaya .
Selamat tinggal dunia jika diatasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji .biarlah hidup bersendiri dan sebatang kara daripada khianati manusia yang tidak bermaruah .
2 feedback(s) :
mmg sgt susah utk mcari shabat sejati..shbt sejati hnya diri sendiri..
insyallah . sobsob
Post a Comment