December 6, 2010

Awal Muharram


Selamat Menyambut Awal Muharram!


Kita hendaklah melakukan hijrah . Hijrah di sini dengan maksud berubah daripada melakukan kejahatan kepada kebaikan , daripada berakhlak buruk kepada berakhlak mulia dan daripada tidak bertakwa kepada bertakwa kepada Allah . Hijrah sebegini akan terus berkekalan sehingga hari kiamat . Sambutan Ma’al Hijrah yang diadakan dengan penuh semangat dan pelbagai acara akan menjadi sia-sia dan tidak berfaedah sekiranya ia tidak disusuli dengan perubahan sikap dalam diri setiap individu muslim ke arah yang lebih baik .



Sabda Rasulullah saw : 
“ Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah ”
 ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

“ Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah , Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam ” 
(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)




Puasa bulan Muharram lebih lagi digalakkan pada hari ’Asyura iaitu pada 10 Muharram . Puasa ‘Asyura ini pada asalnya adalah wajib . Galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata : 



"Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan ”



Berpuasa pada hari tersebut juga akan mendapat keampunan dosa setahun yang lalu sebagaimana hadis riwayat Abu Qatadah berkata bahawa Baginda saw ditanya tentang puasa ‘Asyura. Baginda menjawab 


" Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lepas”
( Riwayat Imam Muslim).





Walaupun bulan Muharram mempunyai banyak keutamaan, Namun diingatkan bahawa terdapat sangat banyak hadis tentang kelebihan beramal dalam bulam Muharram ini bertaraf PALSU dan mungkar yang tidak boleh diamalkan sama sekali kerana sabda Rasulullah saw riwayat Imam al-Bukhari 


" Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan bukan daripada perintah kami maka amalan itu tertolak (tidak diterima )



Selain daripada puasa yang disebutkan di atas tiada lagi puasa khas yang lain seperti puasa khas 1 Muharram atau puasa khas Sembilan hari awal Muharram . 

 HADIS PALSU

1) Nabi bersabda :” Barangsiapa yang berpuasa pada akhir Zulhijjah dan hari pertama Muharram maka tidak telah mengkhatamkan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya penghapus dosa selama lima puluh tahun. Hadis ini dikomentar oleh Ibn al-Jauziy sebagai palsu ( al-Maudu’at).
2) Nabi bersabda :”Barangsiapa yang berpuasa sembilan hari dari awal maka Allah membina untuknya sebuah kubah yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu”.
( palsu ,lihat al-Maudu’at, al-Fawaid)


Terdapat juga golongan yang menyunatkan amalan-amalan khas pada hari ‘Asyura seperti mandi, bersuci, solat khas malam ‘Asyura, memotong kuku, memakai wangian, memakai celak, menziarahi orang sakit, bersedekah, membuat bubur ‘Asyura dan banyak lagi amalan-amalan lain. Semua amalan tersebut dijanjikan dengan ganjaran-ganjaran yang tidak masuk akal. Amalan-amalan tersebut dihukum oleh ulama muhaqqiq sebagai bid’ah kerana tiada sandaran dalil yang sahih dari Rasulullah saw dan para sahabat ra. Bahkan upacara tersebut mencermin amalan Yahudi, Nasrani dan orang Quraisy zaman jahiliah dan perayaan Syiah Rafidhah sesudah kedatangan Islam. Imam muslim meriwayatkan dari Abu Musa al-Asy’ariy katanya :” Adalah penduduk Khaibar berpuasa pada hari ‘Asyura dan mereka menjadikannya sebagai hari raya serta mereka memakaikan wanita-wanita mereka dengan perhiasan dan pakaian yang cantik-cantik. Amalan-amalan di atas juga tidak pernah disunatkan oleh mana-mana imam empat mazhab.





Oleh itu , marilah kita sama-sama amalkan dan sampaikan pada orang lain tentang kelebihan beribadah pada bulan Muharram ini . insyallah .






3 feedback(s) :

Zeanne said...

selamat menyambut tahun baru hijriah!:D

Unknown said...

selamat tahun baru juga :)

DBeez said...

maal hijrah teman ucapkan kepada empunya blog, :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...