December 27, 2010

Cantiknya cantik


Aku merasakan aku ini terlalu sangat dimanjakan dengan hiburan kosong, t.v, internet, fashion, makanan, ekonomi, dan keturunan. Dan aku sangat hargai apa yang aku rasa ni. Hope lepas ni aku lebih sedar diri. Harap-harap ada la kawan sejati yang aku temui lebih banyak. Aku dah bosan asyik ditikam dari belakang dipergunakan oleh manusia yang kononnya kawan, masa susah timbullah frasa 'mintak tolong'. Then after that, proses 'menikam' pun berlaku. Siap pangkah dulu belakang aku ni. Nak tikam kat mana dan bila dah tikam dengan cantik yang menikam puas hati yang kena tikam memang superb 'best'! Akhirnya aku dah tk kisah dgn semua adegan tikam-menikam ni. Dari belakang ke, depan ke, bawah ke, macam dah lali. Dan alhamdulilah aku dah maafkan penikam yang jahat tu. Aku rasa luka tikaman aku lagi cepat sembuh bila aku maafkan diaorang. Tikam lah aku, aku tak jemu untuk memaafkan penikam-penikam tu. Aku merasakan jika aku hidup dengan memeram dendam, amatlah rugi kerana dunia yang besar ni menjanjikan banyak sekali cinta, sayang dan kebahagiaan. Dengan cara dan masa yang tepat dan sempurna, aku pasti temui benda-benda cantik. Aku kena tanam dalam diri aku bahawa aku boleh belajar dimana sahaja, bila-bila masa sahaja. Aku pasti semua perkara di dunia ini juga begitu. Sebusuk mana pun sesuatu perkara itu, pasti ada yang wanginya. Begitu juga sebaliknya. Aku akan belajar lagi agar dapat menjadi seorang 'heroin' yang pantas dan cekap dalam menerima 'benda' wangi dan busuk ini. Sesuatu yang baik pasti ada harganya, termasuklah cinta. Samaada cinta kepunyaan aku, mahupun cinta orang dikeliling aku. Begitulah harga yang aku bayar.


Aku cukup kagum manusia yang hidup dengan cinta yang dibina. Tk kiralah bertunang mahupun berkahwin, aku merasakan itu satu langkah yang hebat yang aku sendiri belum pasti samaada aku mampu berbuat sedemikian. Apa pun, yang pasti, aku mahu belajar untuk melangkah sehebat kawan aku dan menghidupkan cinta bersama orang yang tersayang. Berlaku apabila seorang kawan aku yang tidak lagi sekawan apabila dia sudah mempunyai teman hidup dan komitmen dan tanggungjawap. yeah! She's married. Pada mulanya aku agak merajuk atas tindakan 'sekawan' dulu, tapi akhirnya aku sedar persahabatan yang aku mahu beri padanya adalah amat halus dan kecil jika dibandingkan dengan kehebatan dan kegagahan kebahagiaan yang dia alami dengan pasangan hidupnya. Pasti dia memilih yang terbaik untuk dia dan hidupnya. Aku rasa cinta tu memang satu keperluan dalam hidup. Tk kiralah pasal laki ke, scene dan family. Tanpa cinta tiada keamanan dan cinta kekadang boleh membuatkan kita hanyut dan boleh membentuk insan. Terpulanglah pada seseorang itu untuk menilai cinta. Harapan aku supaya dijodohkan dengan 'kawan sejati'. Kawan yang ada dikala senang atau susah, kaya atau miskin, mahupun apabila sihat atau sakit. Pernah aku merasakan aku ini ada satu pegangan terhadap sesuatu perkara, tapi aku tidak menghidupkan kepercayaan terhadap perkara tu dengan bersungguh-sungguh apabila bertemu dengan orang yang berpandangan lain dari aku.

Duit? Aku tahu duit penting, tapi jika berkira sangat pasal duit masalah lah! Mungkin aku patut gunakan frasa berkongsi dengan ikhlas :)


Goodbye 2010,


12 feedback(s) :

Anonymous said...

pic senget....pening ak tgk...ahaha......

Unknown said...

@cheyah : tkyh la tgk, segan aku :P

Anonymous said...

ekeke......nak tgk gak.....btw...entri yg bgs....ak suka...!!

Unknown said...

@cheyah : Terima kc ! ko sorang je suka :)

themalin said...

heee sy pon suka!!
sy pon harap dpt la jumpa kawan sejati..
sy menungguuuuuuu kwn sy!! tp :(
aisshh

neway, GBR TUH SGT CANTEEEKKKKKK!! walaupon senget.. ^_^

da try biskut? jom join sy minggu ni bukak cookies house kat dpor hheheh

Unknown said...

@ciknamr : Yay ciknamr suka! Thanks :) Ala, kamu namo sedih2 ok. Pasti suatu hari ada kawan sejati untuk kamu. Kalau tkda kt dunia pasti di akhirat kelak . amin ^^

hehe pic tu besar sgt kn? saje showoff HAHA :P

okeh t i serbu your kitchen.
Thanks lovely :))

MJ said...

salam aimi..
cntek blog..mane nk dpt yg theme black white cmni ea..hehe..(sori lari topic)..haa,ur pic tuh p0n cntek..=)

Unknown said...

@MJ : Wassalam. act theme blog ni sgt simple. i yg bt dia jd black&white. edit sane sket, situ sket :) why? you suka ek color ni? btw thanks :)

MJ said...

owh..cam2..okeh2,tenkiu ea..ske black white tp slalu tersasar pilih kaler pink..hikhik..=)

Unknown said...

@MJ : HAHA i pun kekadang mcm you, but this time kuatkan pendirian nk black&white jugak hehe

kentangkiler said...

yup zaman sekarang susah nak cari kawan yg tau ape 2 erti persahabantan.....
time susahh pandai mencari kite...time senang kite nie dah mcm sampah...pandang pown xnak....:(

Unknown said...

@kentangkiller : too many selfish friend out there. and that;s why you shud beware dgn species mcmni. jgn tlalu percaya and rapat. nnt 1day akan makan diri kita sendiri. this is just my opinion because pengalaman mengajar saya erti sebuah persahabatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...